Langgar aturan pilihan raya: Laman berita The Middle Ground diberi amaran keras

LAMAN web berita The Middle Ground diberi amaran keras oleh polis kerana menyiarkan dapatan satu kaji selidik pendapat semasa pilihan raya kecil Bukit Batok.

Editor perunding laman itu, Cik Bertha Henson, berkata amaran tersebut diberi "sebagai ganti bagi pendakwaan", dalam satu pos di laman itu pada Selasa (3 Ogos) malam.

Cik Henson dan penerbit laman itu, Encik Daniel Yap, dimaklumkan mengenai keputusan polis itu dalam satu pertemuan dengan pegawai siasatan di Divisyen Polis Clementi pada Selasa petang.

Setiap seorang daripada mereka diberi surat amaran yang berkata "jika anda melakukan sembarang kesalahan pada masa depan, kelonggaran sama mungkin tidak akan ditunjukkan kepada anda"

Pada 6 Mei, The Middle Ground menerbitkan satu artikel bertajuk 'BB BE: 50 voters in Bukit Batok', yang memaparkan temu bual dengan pengundi Bukit Batok.

Di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, menerbitkan dapatan sembarang tinjauan pilihan raya semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan.

Tempoh kempen pilihan raya kecil Bukit Batok dari 27 April hingga 5 Mei, dengan Bertenang Day pada 6 Mei, sehari sebelum Hari Mengundi.

Jabatan Pilihan Raya berkata The Middle Ground bertanya pengundi Bukit Batok pada minggu sebelumnya bagaimana mereka akan mengundi, yang merupakan satu tinjauan pilihan raya.

The Middle Ground kemudian menurunkan artikel itu selepas disuruh Penguasa Pembangunan Media (MDA). MDA membuat laporan polis pada 6 Mei.

Mengenai pengalaman beliau berurusan dengan polis, Cik Henson menulis: "Semuanya sangat sopan. Mereka sopan terhadap kami, kami sopan terhadap mereka, ia dalam cara yang amat berbaik-baik."

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.