Langit kembali biru, PSI pada paras sederhana

LANGIT kembali biru di Singapura pada Khamis (8 Okt), selepas berhari-hari diselubungi jerebu.

Mutu udara bertambah baik sepanjang 24 jam lalu, dengan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam pada paras sederhana (51-100).

Pada 1 petang, PSI 24 jam pada paras antara 69 dan 81, sementara PSI tiga jam pada paras 71.

Maklumat Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dikemas kini pada 6 petang Rabu juga menggambarkan keadaan positif sepanjang 24 jam seterusnya - keadaan semasa dijangka kekal dalam julat sederhana.

Angin lazim dijangka lemah dan bertiup dari timur atau tenggara.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut mengulas mengenai keadaan lebih baik ini dengan memuat naik ke Facebook gambar yang beliau ambil pada 12.20 tengah hari.

"PSI tiga jam 68. Seronok dapat melihat matahari dan biru langit, walaupun hanya seketika, pagi ini," tulis beliau.

Maklumat mengenai jerebu yang dikemas kini boleh didapatkan di laman NEA dan laman mikro jerebunya, atau Facebook dan Twitter agensi itu, atau aplikasi myEnv.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.