SINGAPURA akan menggunakan pendekatan serampang tiga mata bagi memelihara rekod sejarah dan memudahkan orang ramai mendapatkannya, menurut Menteri Penerangan dan Perhubungan, Dr Yaacob Ibrahim, semasa majlis perasmian Simposium Teknikal Bersama, kelmarin.
Dr Yaacob berkata langkah pertama ialah membina dan menukar koleksi nasional negara ini kepada versi digital.