LANGKAH pemerintah yang kini memerlukan pemohon flat yang ingin mendapatkan pinjaman HDB menunjukkan surat kelayakan pinjaman rasmi di peringkat lebih awal disambut baik beberapa pasangan muda dan ejen hartanah.
Mereka memberitahu Berita Harian bahawa langkah tersebut akan membantu pembeli merancang kewangan mereka dengan baik selain memberi mereka banyak pilihan lebih awal.