Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah diperketat elak pemohon kali pertama tolak giliran pilih flat

Golongan akan dianggap pemohon kali kedua selama setahun apabila tolak giliran tempah flat: Desmond
Mar 03, 2023 | 05:30 AM



PEMOHON kali pertama yang diundang memilih flat tetapi tidak melakukan demikian akan mempunyai peluang lebih tipis untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang lain selama setahun.



Mulai penjualan flat BTO pada Ogos 2023, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pemohon kali pertama ini akan dianggap sebagai pemohon kali kedua selama setahun apabila mereka menolak tawaran Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menempah flat.



Sekarang ini, pemohon kali pertama dikenakan sekatan itu selepas mereka menolak tawaran HDB dua kali.



Langkah mengetatkan peraturan itu antara lain bertujuan memastikan peruntukan flat yang lebih berkesan.



Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis, Encik Lee berkata ini supaya mereka yang memerlukan flat boleh mendapatkannya dengan secepat mungkin.



Mulai penjualan flat BTO pada Ogos 2023 juga, pemohon kali kedua yang menolak tawaran HDB untuk memilih flat juga perlu menunggu setahun sebelum mereka boleh memohon flat lagi.



Sekarang ini, pemohon kali kedua tidak dibenarkan menyertai penjualan flat HDB selama setahun selepas mereka menolak tawaran HDB dua kali.



Pemohon keluarga kali pertama kini mempunyai peluang lebih baik mendapatkan flat semasa penjualan flat HDB kerana mereka diberi dua peluang manakala pemohon keluarga kali kedua diberi satu peluang.



Selain itu, hingga 95 peratus bekalan flat di bawah skim Jualan Baki Flat (SBF) dan Bina Ikut Tempahan (BTO) diperuntuk bagi pemohon keluarga kali pertama.



Malah, pemohon keluarga kali pertama juga mendapat satu peluang tambahan bagi setiap permohonan BTO seterusnya di estet bukan matang jika mereka gagal memperoleh flat sebanyak dua kali atau lebih dalam permohonan BTO mereka sebelum itu di estet bukan matang.



Encik Lee menarik perhatian bahawa sekitar 40 peratus pemohon BTO tidak menempah flat apabila diundang melakukan demikian.



Ini bermakna empat daripada 10 pemohon tidak hadir atau enggan menempah unit semasa janji temu pemilihan flat mereka.



"Terdapat pelbagai sebab. Bagi sesetengah mereka, baki flat yang ada mungkin di luar bajet mereka.



"Bagi yang lain, mereka mungkin sedang mempertimbang pilihan perumahan lain atau inginkan flat dengan ciri tertentu atas sebab tertentu.



"Memang boleh difahami, sesetengah orang mungkin lebih rela melepaskan peluang memilih flat sekarang dan tunggu lebih lama bagi flat yang lebih baik.



"Namun apa jua sebabnya, pemohon sedemikian menjejas pembeli rumah lain yang mungkin mempunyai keperluan yang lebih mendesak," ujar Encik Lee yang menggesa pemohon untuk memohon bagi flat hanya jika mereka benar-benar ingin membelinya.



Encik Lee berkata HDB akan mengetepikan peraturan itu jika pemohon mempunyai sedikit sahaja pilihan yang tinggal - 10 atau kurang bagi flat BTO dan lima atau kurang bagi flat SBF.



"Kami faham bahawa sesetengah pemohon mungkin mempunyai sebab sebenar mengapa mereka tidak memilih flat.



"Membeli rumah melibatkan keputusan kewangan yang besar, jadi kami mahu bersikap adil kepada pemohon yang mempunyai pilihan amat terhad apabila mereka diundang untuk memilih flat mereka," ujar beliau.



Dalam keadaan tertentu, HDB juga boleh mengambil sikap fleksibel untuk mengetepikan peraturan itu, tambahnya.



Merujuk kepada pelaksanaan perubahan kepada peraturan itu mulai penjualan BTO pada Ogos 2023, Encik Lee berkata:



"Kami mengumumkan perubahan ini awal untuk memberi semua orang masa memahami bagaimana perubahan ini boleh menjejas mereka.



"Dan, HDB juga memerlukan masa untuk menguji dan melaksana perubahan sistem yang diperlukan bagi langkah ini."




ANTARA USUL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA



PERUMAHAN AWAM INKLUSIF



■ Lebih banyak sokongan bagi Pembeli Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Suami Isteri) untuk dapatkan flat dengan lebih cepat



- Diberi 3 peluang bagi permohonan BTO



- Layak disertakan dalam Skim Keutamaan Keluarga dan Keibubapaan (FPPS)



- Diberi keutamaan pertama dalam FPPS (bagi flat BTO empat bilik atau lebih kecil di estet bukan matang)



■ Lebih banyak pilihan bagi warga emas dengan Apartmen Penjagaan Masyarakat ketiga di Bedok



■ Sokongan bagi golongan bujang di perumahan sewa awam dengan tiga tapak baru di bawah model Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang Kendalian Pengendali (JSS-OR)



KEJIRANAN BERSEMANGAT DAN MASYARAKAT BAIK BUDI



■ Lebih banyak pilihan F&B yang berpatutan di kedai kopi kejiranan



■ Hidupkan semula estet kejiranan dengan pembiayaan bersama tambahan bagi kawasan beli-belah untuk jalani kerja naik taraf fizikal di bawah Skim Merancakkan Kedai (ROS)



■ Bina sifat inklusif dengan sokong perusahaan sosial dan galak keusahawanan melalui peruntukan langsung ruang kedai dan diskaun sewa



■ Kerjasama dengan masyarakat untuk tangani isu perbandaran yang rumit




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >