Langkah legakan kebimbangan doktor mengenai tindakan undang-undang

LANGKAH-LANGKAH bagi tidak menggalak doktor mengamalkan bidang perubatan yang melindungi mereka daripada liabiliti, dan mengelakkan kos insurans lebih tinggi akibat tindakan undang-undang perubatan sedang dipertimbangkan, kata Hakim Besar Sundaresh Menon semasa pembukaan Tahun Perundangan 2016 pada Isnin (11 Jan).

Ia termasuk menggalak pengantaraan sebagai langkah utama bagi menyelesaikan pertikaian amalan salah perubatan, menuju ke arah proses yang dipimpin hakim daripada yang lebih berbentuk permusuhan dan melantik penilai perubatan untuk membantu hakim memahami kes.

"Rawatan perubatan secara langsung menjadi keprihatinan semua warga Singapura, dan kita mesti mengelakkan situasi di mana amalan perubatan terjejas oleh kebimbangan pengamal perubatan risiko mengenai liabiliti penyelewengan," kata CJ Menon.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, 34 saman difailkan di Mahkamah Agung melibatkan jumlah tuntutan boleh mencapai sekurang-kurangnya $8.5 juta.

Sebanyak 23 kes kecuaian perubatan pula difailkan di Mahkamah Negara dalam tempoh sama.

"Pengalaman di negara lain menunjukkan ini ruang yang kita mesti pantau dengan berhati-hati," kata Hakim Besar Menon, sambil menambah bahawa amalan perubatan tidak boleh "diputar belit" disebabkan kebimbangan mengenai tindakan undang-undang.

Bagi membantu hakim, suatu panel tetap penilai perubatan yang terdiri daripada doktor kanan yang dicalonkan Majlis Perubatan Singapura (SMC) akan dibentuk.

Senarai hakim untuk mengendalikan litigasi perubatan juga akan ditubuhkan di Mahkamah Tinggi dan Negara, dengan Kolej Kehakiman Singapura bekerjasama dengan SMC untuk memberi latihan kepada mereka dan juga penilai perubatan.

Hakim Belinda Ang dan Judith Prakash juga akan memimpin satu inisiatif mengenai cara prosedur boleh diperhalusi.

Selain pembaikan bagi litigasi perubatan, Hakim Besasr Menon menggariskan inisiatif dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab perundangan serantau dan bergerak ke arah sektor perundangan bertaraf dunia.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.