Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG 2021

Langkah pengurusan selamat, ujian Covid-19 sewaktu Forum Bloomberg

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH-LANGKAH pengurusan selamat serta ujian Covid-19 bagi Forum Ekonomi Baru Bloomberg (NEF) yang bermula semalam berjalan dengan lancar bagi sekitar 300 pemimpin perniagaan dan pemerintah antarabangsa di hotel Capella, Sentosa.



Acara itu merupakan sebahagian daripada skim perintis yang dilaksanakan pemerintah Singapura mulai minggu ini untuk mula membenarkan perhimpunan lebih besar bagi peserta yang sudah divaksin dan telah menjalani ujian awal.



Ia membantu mewujudkan rangka yang dapat menunjukkan bagaimana acara seperti itu dapat dilakukan, kata ketua perhubungan global Bloomberg Media, Brian Strong.



"Protokol dilaksanakan dengan tegas dan dengan cara terbaik- untuk menjaga keselamatan semua," katanya.



Kesemua peserta antarabangsa dan tempatan perlu divaksin penuh dan menjalani ujian rapid antigen (ART) percuma oleh penganjur di tujuh lokasi ujian seluruh negara.



Pihak media pula diminta menjalani ujian mereka di tempat letak kereta Sentosa Beach Station.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >