ANGGOTA Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, telah mengalu-alukan inisiatif Jamiyah mengadakan program kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh untuk kaum ibu.
Bercakap kepada Berita Harian kelmarin selepas melancarkan 'Diva Wellness Connect' (Diva), di Dewan 5, Singapore Expo, Cik Rahayu berkata program kesihatan itu memang baik terutama ia mempunyai pendekatan holistik.