KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengambil langkah tambahan untuk mencegah penularan virus Zika di Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor.
Ini sejajar dengan langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kelompok kes mikrosefali dan gangguan neurologi lain di Brazil sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) pada 1 Februari lalu.