Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lanun lari apabila nampak kapal perang Singapura

Sep 02, 2015 | 04:07 PM



LANUN yang menaiki sebuah kapal tunda di Selat Singapura melarikan diri apabila ternampak kapal perang Pasukan Petugas Keselamatan Maritim Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) dalam satu kejadian pada Selasa (1 Sep).


Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata dalam satu kenyataan bahawa RSN bekerja rapat dengan tentera laut Indonesia untuk menangkap lanun tersebut.


Kapal tunda Permata 1 yang membawa bendera Malaysia itu kemudian diiringi dengan selamat ke perairan Singapura oleh RSS Resilience, sebuah kapal peronda kelas Fearless RSN.


Tindakan lanun itu terbongkar pada 9.07 pagi apabila Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura menerima laporan daripada Permata 1 bahawa lanun telah menaiki kapal tunda tersebut.


Pasukan Petugas Keselamatan Maritim, yang melindungi perairan Republik ini, segera mengerahkan RSS Resilience, yang tiba di sekitar kawasan kejadian pada 9.21 pagi.


Lanun itu melarikan diri ke perairan Indonesia apabila melihat kapal perang Singapura itu.


Pusat Gabungan Maklumat RSN berkongsi maklumat mengenai kejadian itu dan pelakunya bersama Kumpulan Keselamatan Laut Armada Barat tentera laut Indonesia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, yang kemudian mengerahkan aset tentera laut mereka untuk membantu mencari lanun-lanun tersebut.


Tiga lanun ditangkap dan kargo yang dicuri ditemui semula.


Semua anak kapal Permata 1 tidak dicederakan, ujar Mindef.


Komander Pasukan Petugas Keselamatan Maritim, Laksamana Muda Frederick Chew, berkata: "Saya gembira melihat kerjasama baik antara agensi penguatkuasaan Singapura, Indonesia dan Malaysia dalam menggagalkan percubaan rompakan di laut di atas Permata 1."


Beliau menambah: "Secara khususnya, kerjasama erat antara RSN dan TNI AL (tentera laut Indonesia) mencerminkan hubungan erat antara tentera laut kami.


"Kita perlu terus bekerja rapat bersama-sama untuk terus mengenakan tekanan ke atas lanun dan mengurangkan kejadian rompakan laut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >