Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapan ditangkap berhubung kes culik dua warga Singapura di Pulau Pinang

Feb 26, 2016 | 09:10 AM



LIMA lelaki dan tiga wanita diberkas di Singapura dan Malaysia pada Rabu (24 Feb) berhubung satu penculikan yang berlaku awal minggu ini.


Perjalanan bagi tujuan perniagaan berubah bagi dua warga Singapura apabila mereka terperangkap dalam sebuah hotel di Pulau Pinang dan diculik kira-kira dua hari sebelum diselamatkan.


Dua beradik berusia 28 dan 27 tahun itu berangkat bersama-sama ke Malaysia Ahad lalu, kata Pasukan Polis Singapura dalam satu kenyataan pada Khamis.


Bagaimanapun, sehari selepas mereka pergi, tunang si abang menerima panggilan daripada nombor telefon bimbit Malaysia yang tidak diketahui. Beliau diminta membayar AS$250,000 ($351,000) untuk pembebasannya.


Pada kira-kira 10.55 malam tersebut, tunang berusia 29 tahun itu melaporkan kes itu kepada polis Singapura.


Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis bertindak segera.


Bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka menyiasat segala petunjuk dan memperhebat usaha mengenal pasti tempat mangsa berada dan menjejak suspek.


Mereka dapat mengenal pasti identiti suspek dan mengesan mangsa di sebuah hotel di Pulau Pinang


Pada Rabu, pegawai polis Malaysia menyerbu hotel itu dan menahan empat lelaki Malaysia. Mereka menyelamat dua beradik itu, yang tidak diperapakan.


Dalam serangan yang diselaraskan pada hari sama, pegawai CID menangkap empat suspek warga Singapura - seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 26 dan 54 tahun.


Tiada wang tebusan telah diserahkan.


Menurut akhbar Cina Shin Min Daily News, adik-beradik itu anak seorang ahli perniagaan kaya dan t diculik apabila mereka keluar untuk makan malam selepas tiba di Pulau Pinang.


Menurut polis, tiga daripada empat suspek yang ditangkap di Singapura akan didakwa di mahkamah pada Jumaat. Mereka menghadapi hukuman penjara hingga lima tahun, dengan sebatan.


Polis masih menyiasat kes terhadap seorang suspek wanita.


Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan & Risikan) Tan Chye Hee menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan kepada polis Malaysia "atas sokongan tidak berbelah mereka dalam siasatan rentas sempadan kes penculikan bagi tujuan wang tebusan".


"Tidak dinafikan, kerjasama erat antara Pasukan Polis Singapura dan PDRM memainkan peranan penting dalam penangkapan pantas suspek, menyebabkan mangsa warga Singapura dibebaskan dengan selamat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >