Lapan lagi warga Spura dipindahkan dari Yaman

LAPAN lagi warga Singapura telah dipindahkan daripada Tarim, Hadramaut kelmarin sedang krisis di Yaman terus meruncing dan menimbulkan keprihatinan serius.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) memberi amaran bahawa usaha membantu rakyat setempat meninggalkan Yaman kian mencabar saban hari.

Pemindahan lapan warga setempat itu menjadikan jumlah rakyat Singapura yang dibantu meninggalkan Yaman kepada 23 orang sejak dua minggu lalu.

Dalam satu kenyatannya, MFA berkata pihaknya bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untum membawa lapan warga Singapura dan beberapa lagi rakyat Brunei, Kemboja, India, Malaysia dan Vietnam daripada Tarim ke Salalah di Oman.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.