Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lapangan Terbang Changi dahului pemulihan di Asia Pasifik, fokus pertingkat kapasiti: Iswaran

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



LAPANGAN Terbang Changi telah menyaksikan bilangan penumpang setiap minggu mencapai 55 peratus daripada kadar sebelum Covid-19 pada minggu pertama bulan lalu, sekaligus menjadikannya lapangan terbang yang mendahului pemulihan pasca-pandemik di Asia-Pasifik.



Penerbangan penumpang pula terhubung dengan 108 bandar sehingga bulan lalu, iaitu hampir dua pertiga daripada kadar sebelum pandemik.



Ini meletakkan Changi di kedudukan paling depan dalam kalangan hab penerbangan utama serantau seperti Incheon, Hong Kong dan Bangkok, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran semalam.



Namun, Encik Iswaran akur bahawa corak pemulihan di serata dunia tidak rata dan lapangan terbang di Eropah, Amerika Utara dan Timur Tengah, yang sempadan dibuka semula lebih awal, telah bangkit lebih cepat.



Misalnya, trafik penumpang di hab udara di Dubai, Doha dan Istanbul melebihi 90 peratus daripada tahap sebelum pandemik, sebelum Jun dan keterhubungan di lapangan terbang tersebut kembali kepada 90 peratus daripada kadar 2019 atau lebih.



Sementara sasaran awal memulihkan pergerakan udara di Singapura kepada 50 peratus daripada tahap sebelum Covid-19 menjelang akhir tahun ini sudahpun dicapai, Encik Iswaran menjelaskan bahawa tumpuan sekarang adalah untuk merangsang keupayaan Changi bagi memenuhi permintaan pada masa depan, khususnya semasa musim melancong sibuk akhir tahun.



Encik Iswaran berkata demikian sebagai menjawab soalan Encik Louis Chua (GRC Sengkang), yang telah bertanya jika pihak berkuasa akan menyemak semula sasaran trafik penumpang bagi tahun ini dan tahun depan, memandangkan pemulihan semula industri itu baru-baru ini.



"Adalah sukar untuk menetapkan sasaran pada peringkat pemulihan sekarang bagi jumlah keseluruhan penumpang yang masuk.



"Sebabnya ialah kerana sumber pasaran berada di peringkat berbeza-beza dalam menangani pemulihan Covid-19," ujar Encik Iswaran.



"Pasaran utama seperti China, Jepun dan Asia Tenggara, umumnya masih lagi sedang berusaha, dan kami tidak pasti bila dan bagaimana mereka akan membuat perubahan," katanya.



Namun Encik Iswaran juga berkata permintaan bagi pergerakan udara masih kekal kukuh dan beliau menjangkakan Lapangan Terbang Changi akan lebih rancak apabila negara seperti China dan Jepun membuka sepenuhnya sempadannya.



Tambahnya, Terminal 4 akan dibuka semula mulai 13 September dan bahagian selatan Terminal 2 akan dibuka bagi operasi keberangkatan pada Oktober untuk memastikan lapangan terbang itu bersedia menguruskan aliran pelancong lebih ramai.



Langkah ini akan membolehkan kapasiti pengurusan lapangan terbang kembali kepada kadar 70 juta penumpang setahun.



Usaha juga sedang berjalan untuk membina tenaga kerja di lapangan terbang dan mengembalikan pengalaman pelawat di Changi, yang amat dikenali.



Menurut Encik Iswaran, sektor penerbangan kehilangan sepertiga tenaga kerjanya kerana Covid-19, dan untuk pulih daripada itu adalah satu cabaran besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >