Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi lancar penjejak bagasi peribadi bagi penumpang

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



DENGAN perjalanan udara semakin meningkat di seluruh dunia, penumpang di Lapangan Terbang Changi berupaya menjejak bagasi mereka sejak penjejak bagasi peribadi dilancarkan pada 12 Disember lalu.



Buat masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia untuk penumpang di 35 syarikat penerbangan yang menyertai inisiatif ini, baik ketika mereka berlepas dari Changi atau bertukar penerbangan di situ.



Ia juga bagi mereka yang tiba ke lapangan terbang ini di Terminal 2 dan 3, lapor akhbar The Straits Times.



Antara syarikat penerbangan yang terlibat adalah Singapore Airlines, Finnair, Jetstar Asia dan Air India.



Penjejak bagasi peribadi ini membolehkan penumpang yang berlepas dari atau yang mendarat di Lapangan Terbang Changi menjejaki status beg mereka serta menerima butiran terkini jika ketibaan bagasi mereka di lapangan terbang ditangguhkan kerana cuaca buruk.



Keadaan ini berlaku ekoran masalah tenaga manusia global dalam sektor penerbangan awal tahun ini yang mengakibatkan kelewatan atau kehilangan bagasi dan pembatalan penerbangan kerana lapangan terbang di seluruh dunia saling bersaing dengan permintaan kembara ke luar negara yang bertambah selepas pasca perintah berkurung sewaktu pandemik.



Walaupun Singapura dan Asia berusaha mengelakkan kekecohan urusan lapangan terbang sedemikian, pengendali utama urusan darat di Lapangan Terbang Changi, Sats, melaporkan peningkatan jumlah bagasi yang hilang atau rosak.



Ini ekoran isu di lapangan terbang di mana mereka berlepas di samping kekurangan tenaga manusia.



Penumpang di Lapangan Terbang Changi boleh menjejaki beg mereka sehingga tiga hari selepas penerbangan dengan fungsi ini, yang kini dalam format percubaan beta dan tersedia dalam aplikasi iChangi.



Usaha menjejak bagasi yang tiba akan diperkenalkan di Terminal 1 dan 4 menjelang awal 2023.



Menjawab pertanyaan media, Changi Airport Group (CAG) berkata ciri penjejak bagasi ini telah diuji dalam kalangan kakitangan CAG sebelum percubaan awam yang dibuat kini.



CAG menambah bilangan syarikat penerbangan yang akan terlibat dalam usaha ini dijangka meningkat secara progresif.



Penjejak CAG yang mensintesis maklumat yang diberi syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dan sistem bagasi Lapangan Terbang Changi diperkenalkan semasa syarikat penerbangan seperti Delta Air Lines dan Korean Air melancarkan perkhidmatan serupa untuk membolehkan penumpang mengesan bagasi mereka yang telah didaftarkan.



Penjejak bagasi ini adalah yang pertama seumpamanya yang dilancarkan oleh sebuah lapangan terbang di Asia Tenggara, kata CAG dalam laman webnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >