Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan polis dibuat terhadap pos antigay, pengguna Facebook minta maaf

Jun 14, 2016 | 09:38 AM



LAPORAN polis telah dibuat ke atas komen oleh seorang lelaki yang meminta "kebenaran untuk menembak" dalam satu pos siaran di laman Facebook sebuah kumpulan tempatan yang menentang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Komen itu mencemaskan golongan LGBT di sini, memandangkan kejadian penembakan ramai-ramai di sebuah kelab malam gay di Orlando di Florida, Amerika Syarikat pada Ahad (12 Jun), yang membunuh 50 orang dan mencederakan 53.

Sekurang-kurangnya tiga laporan polis dibuat hingga Isnin (13 Jun) berhubung komen pengguna Facebook bernama Bryan Lim itu.

Komen tersebut dibuat pada 4 Jun dalam satu pos di laman Facebook We Are Against Pink Dot. Pos itu mengenai penajaan asing bagi perhimpunan tahunan LGBT, Pink Dot, di Taman Hong Lim pada 4 Jun.

Tidak jelas apakah Encik Lim menyasarkan golongan LGBT atau mereka yang menyokong perjuangan gay.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Encik Lim meminta maaf "bagi salah faham" itu sebelum menurunkan laman Facebooknya dan pos asal itu.

Dalam gambar skrin posnya, beliau menulis: "... Saya meminta maaf bagi salah faham itu. Kata-kata saya kasar. Saya tidak menujukan kepada sesiapa. Maksudkan saya Bloomberg dan campur tangan asing dalam hal tempatan."

"Ini diambil diluar konteks. Saya harap ini menjejaskan perkara."

Dalam satu komen berasingan, beliau berkata: "Saya tidak bermaksud peluru fizikal mahupun kematian fizikal. Maksud saya menembak dalam perdebatan dan mengeluarkan mereka daripada hal dalam negeri Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >