Lari, Sembunyi, Beritahu: Video polis ajar apa harus dilakukan semasa serangan pengganas

PASUKAN Polis Singapura (SPF) mengeluarkan pada Selasa (10 Mei) video untuk mendidik orang ramai mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan pengganas.

Ia sebahagian daripada Gerakan Selamat SG untuk meningkatkan kesedaran dan menyiapkan masyarakat dengan lebih baik.

Menampilkan mesej utama 'Lari, Sembunyi, Beritahu', klip tiga minit yang disiarkan di Facebook itu membawa penonton melalui tiga tindakan utama yang perlu mereka ambil.

Yang pertama, 'Lari', melibatkan meninggalkan premis yang diserang secepat mungkin.

Mereka perlu menimbangkan laluan paling selamat, kekal di luar penglihatan penyerang, menegaskan bahawa orang lain pergi bersama mereka, dan tinggalkan barang-barang mereka.

Jika tidak dapat melarikan diri, 'Sembunyi' pilihan seterusnya. Mereka perlu mencari perlindungan, kekal di luar penglihatan dan berdiam. Telefon juga perlu ditukar ke mod senyap.

Tindakan ketiga, 'Beritahu', melibatkan menelefon polis di talian 999 untuk memberi butiran mengenai serangan itu.

Jika tidak dapat bercakap, mereka boleh SMS 71999 atau menghantar maklumat melalui fungsi i-Saksi yang baru dilancarkan pada aplikasi mudah alih Police@SG.

Bulan lalu, Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengumumkan satu unit respons cepat baru polis - dikenali sebagai Pasukan Respons Kecemasan (ERT) - yang dilatih untuk respons dengan pantas kepada ancaman bersenjata akan dibentuk mulai Jun untuk meningkatkan strategi menentang pengganasan Singapura.

Bertugas dalam pasukan empat atau lima pegawai, mereka akan dilatih dalam kemahiran balas serangan dan penggunaan senjata dipertingkat seperti submesin-gan HK-MP 5.

Satu lagi inisiatif utama yang diumum ialah penambahan lebih ramai pegawai kepada Operasi Komand Khas untuk membentuk Pegawai Pengerahan Pantas, yang akan bertindak sebagai barisan respons kedua.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.