Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan amali untuk pelajar Politeknik Nanyang dipertingkat

May 15, 2015 | 02:40 PM



PELAJAR Politeknik Nanyang (NYP) dapat memanfaatkan latihan amali (internship) lebih lama dan lebih tersusun, selepas institusi itu menandatangani perjanjian dengan 50 rakan industri hari ini.


Bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut, NYP akan menyediakan Program Latihan Amali Berstruktur dengan pembelajaran lebih fokus dan skop kerja jelas.


Pelajar tahun akhir juga akan dipadankan dengan mentor industri yang akan memberi tunjuk ajar kepada mereka.


Sebahagian daripada inisiatif SkillsFuture, program-program tersebut akan membolehkan peralihan lebih baik antara belajar dengan kerja, serta mendalamkan lagi kemahiran pelajar dengan latihan industri berkaitan.


Rakan-rakan industri itu termasuk sektor-sektor dalam teknologi maklumat, kejuruteraan dan perniagaan.


Majlis memeterai memorandum persefahaman (MOU) itu disaksikan Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, yang merupakan tetamu terhormat majlis.


Dalam majlis tamat pengajian politeknik hari ini, Encik Heng berkata latihan amali membenarkan pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam konteks dunia sebenar.


"Dengan peningkatan kepada latihan amali, pelajar akan dapat mengikuti latihan lebih berazam dan berkesan di tempat kerja, dalam masa yang diperlukan untuk mempelajari kemahiran yang mendalam," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >