Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan taktikal persiap pasukan elit penjara

May 04, 2017 | 05:30 AM



RUSUHAN terakhir di penjara Singapura berlaku lebih lima dekad lalu, pada 1963, di Pulau Senang.



Namun, sekumpulan pegawai respons taktikal elit daripada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) tetap tekun berlatih setiap hari, menajamkan kemahiran dan kesediaan mereka, untuk menangani keadaan rusuhan di dalam penjara.



Kumpulan elit itu merupakan Pasukan Tindakan dan Respons Kecemasan Penjara Singapura, dikenali dengan nama singkatan Spear atau 'tombak' dalam bahasa Melayu.



Sempena Pertunjukan dan Pesta Home Team yang bermula semalam, para pegawai Spear itu akan mempamerkan keupayaan dan kesediaan mereka kepada orang ramai.



Kemunculan awam itu bukan sesuatu yang lazim bagi para pegawai tersebut, yang sebahagian besar tugas mereka ialah di belakang tabir, kata jurulatih Spear, Ketua Wadar (CW) Irwan Kurniawan Rahmat.



"Publisiti tidak penting. Yang penting ialah kepuasan yang diraih apabila pasukan kami dapat memastikan keselamatan di penjara," ujar beliau.



Sebagai jurulatih Spear, beliau bertanggungjawab mengendalikan latihan bagi instruktor di institusi penjara dalam kemahiran taktikal asas.



Antara cara Pasukan Spear memastikan keselamatan penjara ialah dengan kerap menunjukkan kehadiran mereka dalam institusi penjara sehingga menyebabkan banduan terpaksa berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tindakan seperti meloloskan diri atau mencetuskan rusuhan.



CW Irwan, 38 tahun, yang telah berkhidmat dengan SPS selama 13 tahun - termasuk 10 tahun dalam Pasukan Spear - menerangkan bahawa beliau dan pasukannya tidak mampu bersikap selesa atau leka.



Selain menyuraikan perusuh, tugas pegawai Spear juga termasuk mengiringi banduan berisiko tinggi dan tugas khas lain.



Lantaran itulah proses pemilihan bagi pegawai yang ingin menyertai Spear begitu ketat.



Mereka harus melalui tiga fasa ujian, termasuk ujian beep dan psikometri, ujian fizikal individu dan berkumpulan serta temu duga panel.



Jika berjaya dalam ujian itu, mereka harus menjalani kursus yang mencabar dari segi fizikal dan mental sebelum boleh bergelar pegawai Spear.



Ini termasuk fasa penyesuaian selama sebulan bagi mempersiap pegawai dari segi fizikal untuk melalui kursus taktikal Spear selama empat bulan.



Hanya pegawai yang meraih sekurangkurangnya anugerah perak bagi Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) dan berkhidmat sebagai pegawai penjara selama sekurang-kurangnya dua tahun boleh memohon menyertai Pasukan Spear.



Sementara itu, menyingkap antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat dengan Pasukan Spear, CW Irwan berkata beliau pernah mendapat tempat pertama dalam kategori individu Superswat Cop pada 2013.



"Pertandingan itu menguji kami dari segi kemahiran mengatasi rusuhan dan kekacauan. Kami juga dapat melihat tahap kecekapan pegawai dan kedudukan kami di dunia menerusi pertandingan ini," ujarnya.



Orang ramai boleh menyaksikan aksi pegawai Spear mempamerkan kemahiran mereka, termasuk mengawal rusuhan, dalam ruang kecil esok hingga Ahad ini pada 11.45 pagi, 1.45 petang dan 5 petang di Pesta Home Team (Zon 3).



Pesta itu berlangsung di sekitar kawasan Hab Sukan Singapura.



Laporan lanjut: Panggilan ambulans SCDF dinilai mengikut keutamaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >