SEKUMPULAN pekerja di One Marina Boulevard jatuh dan mulut mereka berbuih akibat terhidu bahan kimia dalam satu serangan kimia pagi semalam.
Tidak lama selepas itu, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) meluru masuk ke dalam bangunan itu dan segera memberikan pertolongan cemas kepada mangsa serangan tersebut.