Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan vokasional S'pura - gabung kemahiran dan pengetahuan akademik

Nov 03, 2015 | 11:20 AM



SINGAPURA boleh menggabungkan pendekatan Eropah dan Amerika Syarikat bagi membangunkan sistem latihan vokasionalnya sendiri - satu sistem yang mementingkan kedua-duanya, kemahiran dan pengetahuan akademik, bagi membolehkan masyarakat dan ekonomi berjaya.


Menekankan demikian, Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, berkata perbezaan antara latihan vokasional dan akademik kian kabur dengan realiti ekonomi hari ini.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sidang Latihan dan Pendidikan Vokasional Teknikal (TVET) Antarabangsa Singapura di Hotel Grand Copthorne Waterfront pagi Selasa (3 Nov).


Dalam pada itu, Encik Ong menggesa pelajar supaya membuat pilihan dengan bijak semasa memilih kursus pengajian dan laluan pendidikan mereka.


Ini harus dilakukan berdasarkan minat dan kebolehan serta pemahaman mereka tentang kursus dan kerjaya itu, bukan sekadar berdasarkan gaji atau tanggapan tentang status sesuatu bidang.


Pendidik dan majikan, tambah Encik Ong, tidak harus cepat mengetepikan minat dan aspirasi individu jika mereka menunjukkan kekuatan, minat dan keupayaan menerusi cara lain daripada kelayakan akademik.


Sidang empat hari hingga Jumaat itu dihadiri sekitar 370 peserta termasuk pendidik, pengkaji dan penggubal dasar dari 33 negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >