TAHUN lalu, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, menerima aduan daripada sebuah keluarga di kawasan undinya mengenai jiran yang selalu meludah di pintu flat mereka.
Setelah menyiasat kes itu bersama Silver Ribbon Singapura, Dr Fatimah mendapati jiran itu - seorang wanita lanjut usia yang tinggal sendirian - menghadapi isu psikologi.