Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Xi ke S'pura boleh hasilkan FTA dipertingkat, kemajuan projek bersama ketiga

Nov 03, 2015 | 10:24 AM



PERJANJIAN Perdagangan Bebas China-Singapura (CSFTA) yang dipertingkat dan kemajuan dalam projek pimpinan pemerintah ketiga.


Itulah dua hasil yang berpotensi dicapai daripada lawatan Presiden China, Encik Xi Jinping, ke Singapura mulai Jumaat (6 Nov), kata Duta Singapura ke negara itu, Encik Stanley Loh dalam satu interviu dengan akhbar The Straits Times.


Tetapi selain kemajuan dalam kerjasama, kepentingan lawatan dua hari Presiden Xi, yang merupakan sebahagian daripada pertukaran lawatan presiden bagi menandakan 25 tahun hubungan diplomatik, juga terletak pada isyarat politik oleh kedua-dua belah pihak, tambah Encik Loh.


Beliau berkata China memberi sambutan hangat kepada Presiden Tony Tan Keng Yam semasa lawatan rasmi beliau ke China akhir Jun, dan Singapura mahu membalasnya dengan "sambutan sama jika tidak lebih hangat" kepada pemimpin China itu.


"Ia menghantar isyarat penting mengenai keinginan bersama membina apa yang kita telah capai dalam tempoh 25 tahun dan meningkatkannya ke tahap lebih tinggi dan menetapkan arah yang hendak kita tuju bagi 25 tahun akan datang dan seterusnya," ujarnya.


Mengenai FTA yang dipertingkat, Encik Loh berkata ia boleh menghasilkan faedah bukan kepada kedua-dua pihak sahaja, bahkan rantau ini.


Beliau berkata FTA itu "amat berjaya", berdasarkan hubungan perdagangan dan pelaburan - China kini rakan dagangan terbesar Singapura dan Singapura menjadi pelabur terbesarnya sejak 2013.


FTA itu juga telah menjadi "juruterbang ujian" bagi China, yang sedang merundingkan lebih banyak FTA dua hala.


Kedua-dua pihak telah melancarkan satu kajian ke atas CSFTA, yang berkuat kuasa pada Januari 2009 dan merupakan yang pertama ditandatangani China dengan negara lain di Asia.


Pelancaran rundingan rasmi mengenai peningkatan perjanjian itu boleh menjadi kenyataan hasil lawatan Encik Xi.


Bagi Singapura, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang bagi pelabur - melalui akses pasaran dan perlindungan pelaburan lebih besar, antara lain - dan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Singapura di China, kata Encik Loh.


Bagi China, FTA yang dipertingkat, yang akan memberi tumpuan lebih pada pelaburan dan perkhidmatan, akan memenuhi keinginannya menarik pelabur asing dalam sektor perkhidmatan, ujar beliau.


Mengenai cadangan mengadakan projek pimpinan pemerintah yang ketiga, yang diusul China pada 2013 bagi membantu meningkatkan kawasan kurang maju di barat negara itu, Chongqing mungkin diumum sebagai tapak usaha sama baru tersebut.


Tidak seperti dua projek pimpinan pemerintah sebelum ini - Taman Perindustrian Suzhou dan Eko-Bandar Tianjin - projek ketiga tidak akan terhad kepada satu bandar, memandangkan temanya ialah ketersambungan moden dan perkhidmatan moden.


Ia juga perlu memenuhi tiga kriteria: memenuhi keperluan pembangunan China, menerobos bidang baru dan berdaya maju secara komersial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >