MENTERI Kewangan Lawrence Wong akan menghadiri beberapa mesyuarat di Venice, Italy, mulai esok hingga Ahad.
Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MOF) berkata Encik Wong akan menghadiri Simposium Cukai Peringkat Tinggi G20, Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) Ketiga serta Sidang Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim, dengan Italy sebagai Presiden G20 bagi 2021.
Simposium Cukai Peringkat Tinggi G20 akan membincangkan strategi untuk memajukan reformasi cukai tempatan serta usaha yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa bagi mencapai matlamat iklim bersama.
Sementara itu, FMCBG akan membincangkan keadaan ekonomi global, pencukaian antarabangsa serta kesediaan pandemik dan respons terhadapnya.
Sidang Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim pula akan membincangkan dasar untuk beralih menuju ke hala ekonomi karbon rendah dan lebih hijau.
Encik Wong akan turut diiringi para pegawai dari MOF.