LEMBAGA Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah menambah peruntukan dermasiswa hampir empat kali ganda berbanding dengan tahun lalu demi membantu mahasiswa sambilan atau golongan pekerja yang ingin mendapatkan ijazah.
Langkah itu selaras dengan permintaan daripada mahasiswa sambilan serta menggalakkan lebih ramai orang merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat.