Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 pekerja pembersihan diraikan

Jun 16, 2014 | 06:08 PM



LEBIH 100 pekerja pembersihan menghadiri sebuah acara jamuan tengah hari sebagai 'tetamu terhormat' tadi.


Acara anjuran Pusat U Care Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Kesatuan Pekerja Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDBSU) itu bertujuan menghargai pekerja pembersihan, sebagai sebahagian kempen 'Appreciating U' yang dilancarkan gerakan buruh bagi menggalak masyarakat menghargai sumbangan golongan pekerja yang lazimnya tidak dikenali itu.


Beberapa tetamu lain di acara itu seperti Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Lim Swee Say, dan Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, yang biasanya menghadiri acara sebagai tetamu terhormat dan dijamu makan, juga menjamu pekerja pembersihan itu makan selain beramah mesra dengan mereka.


Selain pekerja pembersihan, golongan pekerja lain termasuk pegawai keselamatan, teknisyen landskap, jururawat, pekerja tua dan pekerja asing turut akan diiktiraf sebagai sebahagian kempen 'Appreciating U' tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >