LEBIH daripada 1,000 penyertaan - termasuk 100 daripada bukan Melayu - telah diterima bagi 'Kisah Poskad: Pertandingan Mereka Seni Poskad SG50' anjuran Yayasan Mendaki.
Kisah Poskad itu adalah projek khusus untuk merai kejayaan Singapura dan menghubungkan warganya melalui poskad - satu kaedah berkomunikasi yang penuh nostalgia.