Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 10,000 permohonan baru tunaikan haji diterima

Mar 01, 2023 | 04:20 PM



LEBIH 10,000 permohonan baru untuk menunaikan haji telah diterima di portal MyHajSG sejak 21 Februari lalu apabila pendaftaran bagi haji dibuka, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Memberi perangkaan terkini itu sempena lawatan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah, ke Hab Islam Singapura pada Rabu, Encik Masagos berkata ini menunjukkan akan kepentingan ibadah haji kepada masyarakat setempat.


“Seperti yang kita tahu ramai yang menantikan peluang untuk menunaikan ibadah haji dan pada masa yang sama ramai yang telah menunaikan ibadah umrah.


“Khidmat ramah yang dipamerkan kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah kami sememangnya amat cemerlang.


“Baru-baru ini juga kami telah lancarkan aplikasi digital bagi haji dan lebih daripada 10,000 permohonan telah dibuat.


“Ini menandakan akan betapa pentingnya ibadah haji kepada masyarakat kita yang ingin lakukannya sekali dalam kehidupan mereka,” jelasnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >