Lebih 1,200 bungkus bubur habis dalam 30 minit

SEMPENA Ramadan ini, juadah berbuka tentunya kurang lengkap jika tiada ‘bubur masjid’.

Masjid Khalid di kawasan Joo Chiat adalah antara masjid yang menyediakan beberapa periuk bubur setiap hari untuk diagihkan kepada orang ramai sebagai santapan berbuka.

Petang tadi masjid itu menyaksikan orang ramai mula beratur panjang sejurus selepas solat asar.

Menurut Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamad, lebih 1,200 bungkus bubur – terbanyak pernah diagihkan – habis dalam 30 minit. “Mungkin hari pertama Ramadan jatuh pada Ahad jadi ramai sempat datang mengambil bubur,” katanya, yang siapkan enam periuk besar bubur masjid

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.