Lebih 1,500 akaun SingPass mungkin telah diceroboh

LEBIH 1,500 akaun SingPass mungkin telah diceroboh hingga berpotensi untuk mengancam keselamatan data warga - daripada maklumat tentang pendapatan mereka dan di mana mereka tinggal kepada nombor kereta dan nama anak-anak mereka.

SingPass adalah kata laluan yang digunakan oleh setiap warga untuk memasuki lebih 340 khidmat dalam talian pemerintah.

Namun, kata-kata laluan SingPass itu sering mempunyai nombor-nombor yang mudah diteka, seperti tarikh lahir, sekaligus memudahkan penggodam mencari dan mendapatkannya.

Dalam satu sidang akhbar lewat petang tadi, Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) berkata ia telah diberitahu oleh kontraktornya, CrimsonLogic, kelmarin (2 Jun), tentang beberapa pengguna SingPass yang telah menerima surat pemberitahuan untuk menukar kata laluan SingPass, walaupun mereka tidak meminta pertukaran tersebut.

Laporan polis telah pun dibuat semalam.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.