Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Lebih 1,600 bantu bangun Pelan Daerah Kampong Glam

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 1,600 pihak berkepentingan - termasuk perusahaan setempat dan kumpulan masyarakat serta orang ramai - telah didekati Perikatan Kampong Glam (KGA) secara keseluruhan untuk membentuk Pelan Daerah bagi Kawasan Bersejarah Kampong Glam, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini termasuk menerusi bengkel yang diadakan serta tinjauan di dalam talian.



Dr Faishal berkata kebanyakan mereka - sekitar 89 peratus responden - berkata adalah penting untuk terus menyokong perdagangan tradisional sementara menarik perdagangan baru ke daerah itu.



"Terdapat sokongan kukuh juga bagi inisiatif untuk memaparkan budaya dan sejarah kaya daerah itu, serta kesedaran bahawa perlu ada kerjasama setempat yang kukuh dalam kalangan pihak berkepentingan.



"KGA dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan mengkaji hasil dapatan ini dengan berhati-hati dan memasukkan saranannya dalam Pelan Daerah yang muktamad," ujarnya.



Dr Faishal juga berkata ini akan melengkapi beberapa projek lain yang telah dirintiskan di Kampong Glam seperti projek pendekatan rakyat oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dan URA baru-baru ini untuk merakam kisah di sebalik perniagaan warisan.



"Usaha bersama ini akan memastikan Kawasan Bersejarah Kampong Glam kekal berkembang maju sebagai pusat masyarakat, budaya dan perusahaan," ujarnya.



Dibentuk pada 2018 dan kemudian diperluas pada 2021, KGA merupakan sebuah perikatan sukarela yang merangkumi penduduk, institusi budaya, badan perniagaan, pemilik hartanah dan hotel di Kampong Glam.



Perikatan itu bukan sahaja tertumpu pada usaha memacu pertumbuhan ekonomi daerah itu tetapi juga bertujuan memperkukuh fabrik budaya, masyarakat dan sosial Kampong Glam, dengan membangunkan program dan projek yang relevan dengan kerjasama pelbagai agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >