LEBIH 1,700 penderma darah semua jenis telah tampil untuk mendermakan darah mereka sepanjang empat hari lalu, satu kenaikan 45 peratus daripada angka biasa, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu catatan di Facebook kelmarin.
Palang Merah Singapura (SRC) dan Encik Ong telah membuat rayuan minggu lalu bagi orang ramai menderma darah jenis A+ dan O+, dengan sekurang-kurangnya 600 unit darah A+ dan 1,200 unit darah O+ diperlukan dalam tempoh dua minggu akan datang. Jika tidak, pembedahan elektif utama yang memerlukan kededua jenis darah itu perlu ditunda.
Sedang Encik Ong tidak menyatakan angka unit bagi setiap jenis darah yang didermakan itu sejak catatannya minggu lalu, beliau berkata kenaikan 45 peratus merupakan "satu isyarat perpaduan dan sokongan daripada orang ramai".
Namun, beliau menggesa para penderma yang layak untuk terus tampil, memandangkan "semua bekalan darah kami tidak berada pada tahap yang menyihatkan. Bekalan darah bagi kumpulan darah negatif (A-, B-, O-, AB-) kini berada pada kadar rendah."
Dalam satu kenyataannya minggu lalu, SRC menyatakan bahawa bekalan darah A+ dan O+ yang rendah diakibatkan penggunaan tinggi jenis darah tersebut, serta kurangnya penderma daripada biasa yang tampil.
Sedang pertubuhan itu mendapatkan penderma kededua jenis itu Khamis minggu lalu menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan platform media sosial, ramai yang dihubungi dilaporkan telah menghidap Covid-19.
Singapura kini sedang berhadapan dengan gelombang jangkitan Covid-19, yang mencapai angka 16,870 kes baru Rabu lalu, dengan Kementerian Kesihatan (MOH) mengaitkan peningkatannya kepada pertambahan kes yang biasa dilihat selepas cuti hujung minggu yang panjang.
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan
Meneroka fesyen untuk tampil menarik setiap hari pasti menjadi impian semua orang.
Namun, kadangkala kita menghadapi cabaran mendapatkan penampilan yang diinginkan kerana pakaian yang dipilih tidak
Hampir segala keperluan hidup harian, boleh didapatkan di Singapura tetapi untuk memilikinya kadangkala mencabar bagi dompet, dengan harga barangan yang sentiasa meningkat.
Justeru, ramai yang
Ramai anak Melayu, lelaki atau perempuan, melangkah ke bidang seni solekan dan kecantikan, justeru kita menyaksikan ramai yang menjadikan pekerjaan sebagai juru andam dan make-up artist atau

Terdapat sebanyak 11,772 kes baru kelmarin, dengan 766 pesakit dimasukkan ke hospital, dan 20 daripada mereka dalam unit jagaan rapi, serta empat kematian dilaporkan.