Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1.7j lintas Tambak Johor, Linkedua pada hujung minggu Hari Mengundi

Sep 08, 2023 | 05:07 PM



Lebih 1.7 juta orang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas untuk menyeberang Tambak Johor dan Linkedua sempena cuti umum Pilihan Raya Presiden hujung minggu lalu.

Jumlah itu mencatat rekod tertinggi sejak sempadan darat antara Singapura dan Malaysia dibuka semula pada 2022.

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), jumlah tersebut direkodkan dalam tempoh lima hari yang bermula sehari sebelum Hari Mengundi pada 31 Ogos (Khamis) hingga 4 September (Isnin).

Hujung minggu tersebut juga merupakan permulaan cuti sekolah September, yang menyumbang kepada rekod bilangan pengunjung memasuki Malaysia.

Jumlah tertinggi sebelum ini bagi bilangan orang yang menggunakan pusat pemeriksaan adalah 1.6 juta pada hujung minggu panjang Hari Vesak dari 1 Jun hingga 5 Jun, yang juga menandakan permulaan cuti sekolah Jun.

Sehari sebelum Hari Mengundi, keadaan lalu lintas bermula menjadi sesak di Koswe, dengan lebih 237,000 orang menyeberang sempadan, kata ICA.

Jumlah itu turun sedikit pada Hari Mengundi dengan sekitar 227,000 orang menyeberangi sempadan.

Pemandu kenderaan yang menyeberangi Tambak Johor untuk ke Johor Bahru pada Hari Mengundi berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Video-video yang dirakam di Linkedua di Tuas yang menghala ke Gelang Patah dan kemudian disiarkan di Facebook menunjukkan barisan kereta panjang yang tidak bergerak.

Seorang pengguna Facebook, Encik Ea Ea Kin, berkata: “Mereka (penonton video) yang tidak tahu tentang kesesakan lalu lintas akan menyangka kita semua melarikan diri dari Singapura ke Johor Bahru kerana gempa bumi.”

Di samping itu, perjalanan yang menggunakan pengangkutan awam juga sesak, dengan video yang diedarkan di TikTok menunjukkan orang ramai dihimpit bahu ke bahu di dewan imigresen.

Pihak ICA berkata: “Bilangan rekod pengunjung, ditambah dengan lebih ramai pemandu kereta yang menyeberang ke Malaysia dalam tempoh itu, menyebabkan kesesakan teruk dan mengakibatkan lalu lintas untuk bertimbun dari pusat pemeriksaan Malaysia ke pusat pemeriksaan Singapura.”

Menjangkakan kesesakan lalu lintas, ICA telah menasihatkan pemandu untuk mengambil kira masa perjalanan tambahan menjelang hujung minggu Hari Mengundi.

Untuk menguruskan trafik, ICA juga meningkatkan kekerapan bas awam dan memperkenalkan ‘Loop System’ atau sistem lingkaran bagi bas Causeway Link.

Sistem tersebut membolehkan pemandu bas untuk menurun dan mengambil penumpang di pusat pemeriksaan tanpa perlu melepasi imigresen, kata ICA.

ICA juga memasang 25 kipas industri dan 38 tandas bergerak di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

“Trafik dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat semasa baki cuti sekolah September dan terutamanya menjelang penghujung cuti sekolah,” tambah ICA.

Cuti sekolah September akan berakhir pada 10 September (Ahad) dan cuti Hari Guru jatuh pada 11 September.

Orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa keadaan lalu lintas sebelum memulakan perjalanan mereka dan mengambil kira lebih banyak masa untuk melepasi imigresen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >