Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 2,200 karton rokok, 70kg tembakau dirampas di Tuas

May 31, 2016 | 02:33 PM



SEJUMLAH 2,221 karton rokok kontraban dan 70 kilogram tembakau yang belum diproses telah dirampas dari sebuah bas di Pusat Pemeriksaan Tuas kelmarin (29 Mei).



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata rokok dan tembakau itu, yang ditemui dalam 70 bungkus, dianggarkan mempunyai nilai cukai masing-masing sekitar $199,810 dan $19,270.



Menurut ICA, para pegawainya telah mengarahkan bas yang didaftarkan di Malaysia itu untuk pemeriksaan sejurus ia tiba di pusat pemeriksaaan tersebut sekitar 5.50 pagi.



Semasa menjalankan pemeriksaan itu, mereka menemui rokok dan tembakau itu disembunyikan dalam berbagai kompartmen bas berkenaan.



Pemandu bas warga Malaysia berusia 37 tahun dan bahan-bahan 'gelap' itu serta bas telah diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >