LEBIH 300 belia dari sekolah menengah dan antarabangsa, madrasah dan persatuan belia serta ahli korporat menunjukkan kemahiran mereka di padang futsal di Pusat Sukan Kovan bagi tujuan amal.
Pertandingan futsal amal yang dianjurkan Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) buat kali ke-10 itu menyaksikan 16 pasukan belia dan lapan pasukan korporat bersaing bagi merebut gelaran juara Piala Pertandingan Futsal RKM 2017.