Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,000 karton rokok seludup dirampas ICA

Jan 22, 2016 | 12:30 PM



LEBIH 3,000 karton rokok seludup dirampas di Pintu Utama Pelabuhan Jurong pada Rabu (20 Jan), selepas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan sebuah lori bagi pemeriksaan pada 5.10 petang.


Lori yang dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 57 tahun itu cuba menyatakan muatan yang dibawanya sebahagian daripada perkakas plastik.


Ia diarah ke Stesen Mengimbas Jurong untuk imbasan radiografi, di mana pegawai mendapati kejanggalam pada imej yang diimbas. Mereka kemudian menemui 3,100 karton rokok seludup.


Duti dan cukai barangan dan perkhidmatan yang cuba dielakkan masing-masing berjumlah kira-kira $284,800 dan $25,890, kata ICA dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Pemandu, perkakas plastik dan rokok seludup serta lori itu telah diserah kepada Kastam Singapura bagi siasatan.


ICA berkata kenderaan yang digunakan bagi kegiatan seperti itu boleh dirampas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >