Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,500 relawan sertai kegiatan Cabaran Presiden 2023 sejauh ini

Aug 19, 2023 | 05:21 PM



Lebih 3,500 relawan telah tampil dan menyingsing lengan menerusi 46 kegiatan sukarelawan di bawah Cabaran Presiden bagi 2023 setakat ini.

Bilangan relawan itu, yang dihimpunkan Acara Relawan Cabaran Presiden (PCVD), berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasarannya untuk menggembleng tenaga 10,000 relawan menjelang akhir 2023, kata Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

Kegiatan sukarelawan ini termasuk sesi beramah mesra dan usaha sumbangan makan untuk benefisiari Cabaran Presiden, serta sokongan bagi acara Rumah Terbuka Istana.

Dalam kenyataan pada Sabtu, NCSS menambah bahawa lebih 90,000 relawan, yang terdiri daripada individu dan korporat, telah terlibat dalam acara tahunan itu sejak 2012, bagi memenuhi keperluan agensi yang menerima manfaat di bawah Cabaran Presiden.

Presiden Halimah Yacob pada Sabtu menghadiri acara ‘Let’s Carnival’ anjuran Gereja Presbyterian Adam Road (ARPC), iaitu salah satu kegiatan sukarelawan yang dikelolakan rakan kongsi korporat bagi menyokong usaha PCVD.

Dalam acara di Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian itu, Presiden Halimah mengucapkan terima kasih kepada relawan atas sumbangan mereka kepada masyarakat.

Beliau berkata: “Kesukarelawan menunjukkan secara jelas bahawa wujudnya kompak sosial kita.

“Sepanjang enam tahun lalu, saya sangat gembira melihat lebih ramai rakyat Singapura memupuk kesukarelawanan sebagai satu cara hidup, dan saya berharap dapat melihat lebih ramai relawan tampil untuk membawa perubahan dalam masyarakat.”

Presiden Halimah bakal mengundur diri pada 13 September selepas enam tahun berkhidmat sebagai Presiden Singapura.

Acara ‘Let’s Carnival’ menarik lebih 1,500 relawan, termasuk belia daripada kumpulan Boys’ dan Girls’ Brigade APRC dan pelajar Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian, yang menghoskan lebih 600 pengguna khidmat di 10 benefisiari Cabaran Presiden dan penjaga mereka.

Sebanyak 10 agensi meraih manfaat Cabaran Presiden itu termasuk Persatuan Ain, Club Heal, Persekutuan Palsi Serebrum Singapura, Pusat Rainbow dan Perkhidmatan Masyarakat HCSA.

Acara itu bertujuan memberi penjaga masa rehat daripada tugas harian mereka, sejajar dengan tema Cabaran Presiden 2023, ‘Menjaga Penjaga’.

Seramai 250 penduduk Bishan-Toa Payoh yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah turut hadir.

Antara relawan muda yang tampil menyumbang masanya dalam acara tersebut ialah pelajar Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian, Mohamad Miqa Ariyan Mohamad Nizal.

Miqa, 16 tahun, telah menyemai sikap kesukarelawanan sejak empat tahun lalu ketika menyahut panggilan menjadi pemimpin belia secara sukarela di Masjid An-Nahdhah.

Tugasnya termasuk membantu menganjurkan acara seperti mengagihkan makanan kepada warga senja dan penduduk susah serta kegiatan untuk pelajar dengan keperluan khas.

Beliau juga sibuk semasa solat Jumaat apabila dikerahkan untuk menyambut anggota jemaah di masjid

Miqa berkata: “Sebagai belia, kesukarelawan adalah penting kerana ia membolehkan kita menyumbang kembali kepada masyarakat dan melihat orang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Ia akan membuka mata kita untuk menjadi lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.”

Kerja kesukarelawanan Miqa juga telah menjadi inspirasi kepada dua rakan baiknya, yang turut terlibat menjadi relawan kerap di Masjid An-Nahdhah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >