Lebih 370 syarikat akan tawar latihan amali dipertingkat bagi pelajar ITE

KIRA-KIRA 110 syarikat telah menyatakan sokongan mereka untuk menawarkan latihan amali dipertingkat kepada pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Perjanjian antara syarikat itu dengan ITE ditandatangani dalam satu majlis di Hotel Crowne Plaza Changi Airport pada Rabu (18 Nov).

Dengan ini, lebih 370 syarikat akan menyediakan latihan amali dipertingkat - satu inisiatif di bawah pergerakan SkillsFuture bagi menggalak pekerja dan pelajar membangunkan kemahiran relevan dengan industri - bagi pelajar ITE.

Latihan amali dipertingkat, dengan hasil pembelajaran jelas dan mentor lebih baik, adalah komponen kursus sepenuh masa Nitec atau Nitec Tinggi yang ditawarkan oleh ITE, dan akan bermula Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, berkata latihan amali telah lama menjadi ciri pendidikan vokasional di Singapura dan membolehkan pelajar belajar dalam persekitaran industri sebenar dan mendapat pengalaman.

Tahun depan, hampir dua pertiga kursus ITE, dari sekolah perniagaan dan perkhidmatan, kejuruteraan, teknologi infokom, elektronik, reka bentuk dan media, hospitaliti, dan sains kesihatan dan gunaan akan menawarkan latihan amali dipertingkat.

Ini bermakna terdapat kira-kira 7,000 tempat bagi pelajar di rakan industri.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.