Lebih 6,000 kakitangan MOE dinaikkan pangkat tahun ini

SERAMAI 6,711 pegawai pendidikan, pendidik bersekutu dan kakitangan eksekutif serta pentadbiran dalam Kementerian Pendidikan (MOE) akan dinaikkan pangkat tahun ini.

Lebih 500 daripada mereka dinaikkan pangkat dalam satu majlis di Hotel Orchard petang tadi.

Antaranya ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris dan sastera di Sekolah Menengah Tanglin, Cikgu Solastri Suyot.

Beliau dinaikkan pangkat daripada pegawai pendidikan kanan (SEO) 1 ke SEO 1A1.

Mengongsi teknik pengajarannya, guru berpengalaman 26 tahun itu berkata beliau sering menggunakan laporan akhbar untuk mengajar pelajar cara membentuk sudut pandangan mengenai sesuatu isu berlandaskan bukti.

Kemahiran itu, menurutnya, tidak sekadar berguna untuk pelajar mengharungi dunia yang kian mencabar malah turut membantu mereka melihat perkara daripada sudut objektif, dan bukan mengikut emosi, terutama di media sosial.

"Saya akan mengajak pelajar melihat apa yang disampaikan wartawan menerusi laporan mereka dan membincangkan apakah itu satu-satunya sudut pandangan atau bagaimana isu yang sama dilaporkan akhbar-akhbar lain di serata dunia.

"Saya mengajak mereka berfikir secara kritikal dan membentuk sudut pandangan sendiri yang disokong bukti, bukan emosi," jelas guru peneraju berusia 52 tahun itu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.