Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih 70% keluarga telah pindah ke flat BTO di Bidadari

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 70 peratus keluarga, yang membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Alkaff Vista dan Alkaff LakeView di Bidadari, telah berpindah ke rumah baru mereka di kawasan perumahan terbaru Singapura itu.



Dua projek itu telah siap sepenuhnya, manakala satu lagi projek di kawasan itu - Alkaff Courtview - kerja pembinaan masih berjalan di ruang masyarakat, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Sekitar separuh daripada keluarga di projek Alkaff Courtview telah berpindah ke rumah baru mereka itu.



Pemilik baru di Alkaff LakeView, Encik Jeffrey Chong dan isterinya, Cik Heather Yew, kededuanya berusia 28 tahun, berkata mereka gembira menjadi antara keluarga pertamaberpindah ke kawasan tersebut.



"Kami telah memohon untuk mendapatkan kunci lebih awal pada September 2019 kerana ingin menyiapkan rumah sebelum majlis perkahwinan kami pada November pada tahun itu," ujar Cik Yew, seorang guru besar di sebuah tadika.



"Sebagai pemilik rumah kali pertama, kami sangat ghairah. Selain itu, kami memilih daerah Bidadari kerana lokasinya yang baik serta berdekatan dengan dua ekspreswe, mempunyai jalan penghubung ke Kallang dan bandar yang sentiasa kami gunakan untuk beriadah.



"Kami juga tidak sabar untuk pembukaan pusat membeli belah dan poliklinik yang akan dibina," kata Encik Chong, seorang eksekutif kewangan.



Alkaff LakeView terletak di sepanjang Upper Aljunied Road dan ia juga menghadap Tasik Alkaff baru dan Taman Bidadari yang sedang dalam pembinaan dan dijangka selesai secara berperingkat mulai 2022.



Estet perumahan itu merangkumi tiga blok kediaman setinggi 17 tingkat, yang menawarkan 531 unit merangkumi flat tiga dan empat bilik.



Untuk menikmati pemandangan sekitarnya, unit yang menghadap Tasik Alkaff telah dilengkapkan dengan balkoni.



"Pemandangan Tasik Alkaff dari rumah kami sangat indah. Itu salah satu ciri rumah ini yang kami suka," tambah pasangan suami isteri itu yang kemudian memberitahu Berita Harian bahawa kos rumah tiga bilik mereka ialah $390,000 sebelum subsidi.



"Kami telah memilih tingkat 14 kerana terdapat sebuah taman kecil di tingkat ini dan ia juga memberi pandangan indah," tambah Cik Yew.



Keistimewaan estet Bidadari ialah laluan hijau sepanjang 1.6 kilometer yang dibangunkan bersama Lembaga Taman Negara (NParks).



Dengan Alkaff Vista, Alkaff LakeView dan Alkaff CourtView terletak di sepanjang laluan hijau itu, penduduk boleh menikmati kehijauan dan kemudahan berdekatan rumah mereka pada pertengahan pertama 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >