Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 700 ditahan naik basikal, PMD secara tidak selamat sejak Mei: LTA

Oct 05, 2016 | 09:44 AM



LEBIH 700 penunggang basikal dan pengguna peranti mobiliti peribadi (PMD) ditahan kerana menunggang secara tidak selamat oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sejak Mei.



LTA, yang melancarkan pasukan Penguatkuasaan Mobiliti Aktif pada Mei, berkata dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Oktober) bahawa ia telah menjalankan lebih 400 operasi penguatkuasaan setakat ini.



Buat masa ini, pegawai penguatkuasa hanya mengeluarkan nasihat kepada penunggang semberono dan mengedarkan risalah mengenai menunggang secara selamat.



Perubahan perundangan yang akan memberi mereka kuasa mengeluarkan denda belum diluluskan menjadi undang-undang. Ini mungkin dibentang di Parlimen sebelum akhir tahun ini.



Perubahan itu akan membenarkan penggunaan basikal dan PMD di laluan pejalan kaki, sebagai sebahagian daripada usaha menggalak penggunaan alat itu bagi perjalanan pendek.



Pada pagi Rabu, pegawai LTA menjalankan operasi penguatkuasaan kilat di Taman Jurong, bersama Polis Trafik.



Kawasan itu banyak digunakan penduduk yang sering berbasikal atau menggunakan PMD untuk ke tempat kerja di kawasan Jurong Port.



Selain memberi risalah kepada penunggang basikal dan pengguna PMD, para pegawai memeriksa basikal elektrik untuk memeriksa apakah ia diubah suai secara haram. Pengguna basikal yang diubah suai secara haram dikenakan denda.



Operasi itu menyusuli beberapa kemalangan melibatkan PMD bulan lalu.



Pada 25 Sept, seorang kanak-kanak perumpuan berusia empat tahun cedera dan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK selepas kemalangan melibatkan e-skuter berhampiran Marina Bay Sands.



Pada 17 Sept, seorang wanita berusia 53 tahun dilanggar oleh e-skuter di Pasir Ris. Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi, dan terpaksa menjalani pembedahan otak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >