LEBIH 700 kakitangan syarikat media Singapore Press Holdings (SPH) berkumpul pagi semalam untuk memperingati Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew yang meninggal dunia Isnin lalu pada usia 91 tahun.
Upacara di auditorium SPH itu bermula dengan tayangan klip video ringkas mengenai perjalanan hidup mendiang Encik Lee dan dasar-dasar negara yang beliau perkenalkan semasa Singapura di bawah kepimpinannya dari 1959 hingga 1990.