Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 700 keluarga banduan dibantu di bawah kerjasama antara agensi

Jun 01, 2023 | 06:41 PM



LEBIH 700 keluarga banduan telah dirujuk untuk mendapatkan sokongan lanjut di bawah kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan beberapa rakan kerja masyarakat untuk menyediakan bantuan secara proaktif.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata pendekatan pelbagai serampang di bawah kolaborasi sedemikian adalah penting untuk membantu bekas pesalah kembali ke pangkuan masyarakat, serta mencegah generasi selanjutnya daripada turut terjebak dalam kancah jenayah.

Beliau berkata demikian semasa berucap di acara Hari Rakan Kerja Keluarga SPS yang diadakan julung-julung kali pada Khamis.

Sejak 2022, SPS dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Persatuan Penjagaan Lanjut Singapura (Saca) dan Pusat Perkhidmatan Keluarga telah bekerjasama untuk menyediakan sokongan proaktif di peringkat awal kepada keluarga dan kanak-kanak kepada banduan.

“Melalui kolaborasi ini, SPS dan Saca telah mengenal pasti keperluan banduan ketika mereka dipenjarakan dan merujuk mereka kepada pusat perkhidmatan, yang dapat menawarkan sokongan yang diperlukan keluarga mereka,” katanya.

Menurutnya, SPS juga berkolaborasi secara luas dan rapat bersama rakan kerja yang lain untuk menawarkan program dan khidmat kepada keluarga dan anak-anak banduan.

Ini melalui pelbagai agensi seperti Pusat Kebapaan, New Life Stories, Persatuan Kanak-Kanak Singapura (SCS) dan The Salvation Army.

Kata Dr Faishal, antara program yang ditawarkan termasuk aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga hingga program seperti kaunseling dan kerja kes untuk keluarga dan kanak-kanak.

Diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI), acara itu dihadiri lebih 150 pihak berkepentingan dan rakan kerja masyarakat, termasuk perkhidmatan sosial dan kumpulan bantu diri.

Hari Rakan Kerja Keluarga SPS bertujuan mengumpulkan rakan kerja masyarakat yang berpengalaman dalam menyokong keluarga yang terjejas oleh pemenjaraan.

Melalui platform ini, rakan kerja merentasi agensi yang berbeza boleh mengikuti perkembangan baru, serta sumber dan sokongan yang ada untuk banduan dan keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >