Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 700 warga emas bakal terima habuan hasil derma ComfortDelgro

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 710 warga emas akan menerima barangan seperti keperluan dapur, bantuan perubatan dan peranti mobiliti hasil derma syarikat pengangkutan gergasi, ComfortDelgro, sebanyak $200,000 kepada dua pertubuhan.



Syarikat itu menyampaikan cek sejumlah $100,000 setiap satu kepada Persatuan Perkhidmatan Lions Befrienders dan Dana NTUC-U Care Jumaat lalu di majlis makan malam sambutan ulang tahunnya yang ke-20.



Lions Befrienders akan menggunakan derma itu bagi Dana Penuaan Kesukaran, yang menyokong empat inisiatif yang direka bagi memenuhi keperluan setiap individu golongan warga emas berisiko.



Inisiatif-inisiatif tersebut termasuk bagi penjagaan peribadi, yang membantu warga emas yang lemah dan perlu kekal di rumah bagi kegiatan harian seperti membersihkan rumah, membeli barangan keperluan dapur, bersenam dan kebersihan diri.



Terdapat juga program rumah kumpulan warga senja, yang membenarkan warga emas yang lemah untuk hidup berdikari dalam flat-flat sewa yang ditetapkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri mesra warga emas.



Pengerusi Lions Befrienders, Encik Anthony Tan, berkata derma itu akan membantu meringankan perbelanjaan harian bagi sekitar 650 warga emas.



Sementara itu, Dana NTUC-U Care akan menggunakan derma itu bagi Dana Kesihatan Sepanjang Hayat, yang bertujuan menyediakan bantuan emosi, psikologi dan fizikal bagi warga senja yang memerlukan penjagaan kesihatan perantara dan jangka panjang.



Sekitar 60 warga emas dijangka memanfaatkan inisiatif ini.



Pengerusi ComfortDelgro, Encik Lim Jit Poh, berkata:



"Secara tradisi kami telah bekerja rapat dengan pertubuhan yang menumpukan usaha menyediakan bantuan kepada warga emas yang sakit serta mereka yang terjejas pergerakan.



"Sepanjang dua dekad lalu, kami telah mengagihkan hampir $30 juta kepada pertubuhan amal meliputi semua operasi kami di serata dunia."



Sebagai memperingati sambutan ke-20 tahun kumpulan itu, sebanyak 40 bas SBS Transit dan teksi ComfortDelgro yang ditampal dengan pelekat emas serta hitam khas telah bergerak di jalan-jalan raya.



Para pemandu teksi lama yang mula memandu sejak 2003, atau lebih lama dengan ComfortDelgro, mendapat pengecualian sekali sahaja bagi yuran sewa teksi mereka pada Jumaat lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >