LEBIH 77,000 pelancong telah melawat Arab Saudi sejak kerajaan negara itu menawarkan visa pelancong kepada pelancong asing pada 27 September lalu.
Kementerian Ehwal Luar Saudi dalam satu maklumat ringkas menyatakan bahawa sejumlah 77,069 visa pelancong telah ditawarkan, dengan pelancong China berada di hadapan dengan 17,988 orang mengunjungi negara tersebut.