APABILA Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi membuka pintunya kepada orang ramai dalam beberapa bulan lagi, pengunjung dan penumpang dapat mencuci mata di lebih 80 kedai yang akan turut dibuka di situ.
Naib Presiden Eksekutif Komersial Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), Cik Lim Peck Hoon, berkata T4 merupakan fasa pertumbuhan yang menarik bagi lapangan terbang itu.