Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 95% flat HDB dibina hingga 1986 selesai dinaik taraf

Kerja penambahbaikan Program Peningkatan Rumah bantu tingkat keselamatan, keselesaan penduduk HDB
Apr 03, 2023 | 05:30 AM



LEBIH daripada 305,000 (95 peratus) flat HDB yang dibina sehingga tahun 1986 telah dinaik taraf di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP), dengan bakinya antara masih menjalani kerja naik taraf atau sedang menunggu untuk diundi oleh penduduk.



Mengeluarkan laporan itu pada Ahad, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata bahawa kerja penambahbaikan HIP membantu meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk yang tinggal di flat HDB dan membolehkan lebih ramai warga emas menua di dalam masyarakat dan persekitaran tempat tinggal yang mereka kenali.



Program tersebut dilancarkan pada tahun 2007 dan pada mulanya, ditawarkan kepada flat HDB yang dibina sehingga 1986 yang tidak pernah menjalani Program Peningkatan Utama (MUP).



Sebanyak 320,000 flat HDB yang layak di bawah program tersebut.



Sehingga kini, 11,000 (4 peratus) flat sedang menjalani kerja peningkatan dengan baki 3,200 (1 peratus) lagi menunggu giliran untuk diundi oleh penduduk.



Menurut HDB, HIP hanya boleh diteruskan apabila sekurang-kurangnya 75 peratus isi rumah warganegara Singapura yang layak di sebuah blok telah mengundi menyokong program tersebut.



Selain itu, kerja peningkatan juga telah dimulakan bagi flat HDB yang dibina antara 1987 hingga 1997.



Pada Ogos 2018, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengumumkan bahawa HIP akan diperluaskan kepada flat HDB yang dibina antara 1987 dan 1997.



Sehingga kini, 1,200 (13 peratus) daripada 93,000 flat HDB yang layak untuk menjalani HIP telah disiapkan.



Selain HIP, penduduk juga boleh memilih untuk memasang pelbagai kelengkapan mesra warga emas di bawah program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (Ease), untuk membantu mereka bergerak di flat dengan lebih selamat, setelah flat mereka dikenal pasti untuk HIP.



Kelengkapan tersebut termasuk palang pegangan, tanjakan dan rawatan kalis gelincir pada jubin lantai tandas.



Bagi blok yang tidak layak untuk HIP atau bagi penduduk yang memerlukan kelengkapan sebegitu, mereka masih boleh memohon secara berasingan di bawah program Ease (Permohonan Langsung).



Sehingga kini, lebih 283,900 isi rumah telah mempunyai kelengkapan tersebut dipasang di flat mereka di bawah Ease, sama ada menerusi HIP atau melalui Permohonan Langsung.



Daripada jumlah ini, kira-kira 176,000 isi rumah (62 peratus) telah memilih Ease bersama-sama dengan HIP, manakala baki 107,900 isi rumah (38 peratus) telah memohon Ease di bawah skim Permohonan Langsung.



Pada Disember 2018, HDB mengembangkan program Ease untuk memasangkan tanjakan mudah alih dan tersuai bagi penduduk yang tinggal di flat HDB lama yang mempunyai tangga masuk rumah.



Tanjakan telah dipasang di lebih 5,600 rumah setakat 31 Mac 2023, di mana kira-kira 4,450 tanjakan telah dipasang di bawah Ease (Permohonan Langsung), manakala bakinya dipasang di bawah HIP.



Selain tanjakan, HDB juga telah memperkenalkan pengangkat kerusi roda pada 2018, di bawah program perintis berasingan yang bukan sebahagian daripada program Ease.



Pengangkat kerusi roda itu ditawarkan bagi flat HDB lama yang mempunyai pintu masuk rumah yang bertingkat, yang secara teknikalnya tidak sesuai untuk memasang tanjakan kerana kekangan tapak, seperti kekurangan ruang koridor yang tersedia dan berdekatan dengan pendaratan tangga.



Setakat 31 Mac, sebanyak 16 pengangkat kerusi roda telah dipasang di bawah program perintis tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >