LEBIH banyak bilangan buku bahasa Melayu berlatarbelakangkan konteks kehidupan di Singapura yang diterbitkan dengan sokongan dana Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), sejak beberapa tahun lalu.
Ini menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga pengerusi MLLPC, dalam satu acara pelancaran buku di The Arts House kelmarin.