Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak COE bagi Februari-April

Jan 14, 2015 | 03:39 PM



SEBANYAK 4,705 sijil hak memiliki (COE) kenderaan akan dikeluarkan dari tempoh Februari hingga April ini - 18.3 peratus lebih tinggi daripada bekalan yang dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.


Daripada jumlah tersebut, bekalan COE untuk kereta, termasuk kategori terbuka, akan meningkat sebanyak 23 peratus kepada 3,766 COE sebulan.


Bekalan ini adalah lebih seganda berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, lapor The Straits Times.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata, bekalan baru itu mengambil kira 0.25 peratus batas baru yang dikenakan ke atas pertumbuhan jumlah kenderaan tahunan - merosot daripada 0.5 peratus sebelum ini.


Bekalan COE yang meningkat ini, yang seharusnya berterusan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, dijangka mengurangkan premium COE dalam beberapa bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >