Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kamera akan dipasang pada kenderaan SAF bagi pertingkat keselamatan

Nov 20, 2015 | 11:22 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan memasang lebih banyak kamera pada semua kenderaan berodanya bagi memastikan anggota perkhidmatan memandu dengan selamat dan mengurangkan kemalangan jalan raya.


Ia akan mengambil masa dua hingga tiga tahun akan datang memasang kamera itu pada kumpulan 6,900 kenderaan berodanya yang aktif, seperti bas mini, Land Rovers dan trak.


Menurut dokumen tender yang diperoleh akhbar The Straits Times, kamera itu boleh merakam sekurang-kurangnya 10 jam rakaman.


Selain merakam pemandangan di depan kenderaan dan laluan di sisi kenderaan itu di depan, kamera tersebut perlu memantau apa berlaku di dalam kenderaan.


Ini termasuk rakaman pemandu, penumpang hadapan, stereng dan batang gear untuk "memudahkan rakaman amalan keselamatan, bagi menyokong latihan kakitangan SAF".


Mikrofon dengan fungsi rakaman suara juga akan dipasang.


Langkah itu dilaksana lebih tiga tahun selepas percubaan dijalankan bagi menguji di jalan raya ciri-ciri keselamatan kira-kira 30 daripada kumpulan kenderaan SAF.


Ketua pegawai pengangkutan tentera, Kolonel Tay Yong Meng, memberitahu akbar itu percubaan tersebut menyimpulkan rakaman kamera boleh meningkatkan keselamatan pengangkutan dan tabiat operasi pemandu.


Selain menyediakan maklum balas secara langsung kepada askar dan penyelia mereka, rakaman kamera membantu pegawai menjalankan sesi maklum balas dan penyiasatan kemalangan.


Ia juga boleh ditukar kepada kes kajian bagi pendidikan keselamatan.


Pemasangan kamera pada kenderaan antara beberapa langkah yang diambil SAF bagi meningkatkan keselamatan pemandu dan anggota perkhidmatan di tengah-tengah beberapa siri kemalangan maut melibatkan kenderaan tentera dan anggota perkhidmatan pada 2012.


Satu kemalangan melibatkan pemandu tidak berlesen memandu sebuah jip, yang terbalik dan membunuh seorang askar yang tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar.


Pada 2011, semua kenderaan SAF dilengkapi dengan penggera yang berbunyi apabila kenderaan berundur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >