WARGA Singapura boleh menjangka lebih banyak kegiatan untuk merai keluarga sepanjang tahun ini.
Ini kerana Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan siri kegiatan bertema keluarga sempena ulang tahun ke-20 Tahun Keluarga Antarabangsa (IYF) tahun ini.